10 June 2011

#2 - Tentang Akulah!

Assalamualaikum...
Hai. Berjumpe kite kembali. Sari berita utama. Seorang wanita memakai sari telah meninggal dunia akibat diseret sebuah lori hantu di Lebuhraya Utara-Selatan. Wanita itu dipercayai merajuk dengan suaminya lalu beliau keluar dari keretanya untuk berjalan kaki pulang ke rumah ketika dalam perjalanan ke Johor Bharu. Dalam masa yang sama lori hantu milik Muthu telah dipandu dengan laju iaitu 200km/h. Akibat pemandu yang mabuk minum todi, beliau tidak nampak wanita itu ditepi jalan. Menurut beliau, wanita itu disangka seekor beruk sedang berlari2 mendapatkan buah pisang. Rupa2nya, beruk itu ialah wanita yang memakai sari yang merajuk dengan suaminya tadi. Oleh itu, Muthu akan disabit bersalah mengikut seksyen 20/U8 Shah Alam. Wanita tadi telah dikafankan dengan sarinya sendiri dan dikebumikan di Lebuhraya tersebut. Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui jalan tersebut supaya tidak diganggu oleh lembaga bersari merah dipercayai hantu wanita bersari itu. Sekian sahaja berita hari ini. Dibaca oleh ELL.

Hahah! Amacam? Hebat tak aku baca berita? Mesti korang nak puji kan? Ala.. Takyah la. Aku tau aku hebat. Sebab tu aku tak baca berita kat Malaysia ni. Aku baca untuk diri sendiri je. Humble la orang cakap. Tak menunjuk2... Hakhak. Haa.. Mesti korang tertanya2 kan siapa ELL tu? Tu nama pendek aku. Nama panjang, ENON LUBA-LUBA. Mesti korang nak tanye ape maksudnye kan? Haha. Dah agak dah. Aku bau korang je dah tau korang nak tanye soklan tu. Meh la aku terang sikit. Name tu maksudnye ENON binti LUBA-LUBA. Kire Luba-luba tu ayah aku la. Hee.. :' )
Malu2..... Sedap kan name aku? Tau dah... Takyah cakap.... :p

Aduhh.. Ape aku melalut ni. Berbalik pada tajuk entry aku hari ni. Tentang Akulah! Ahaa.. Saje nak menekankan aku tu. Tu pasal ade "lah!" kat belakangnye. Hehe. Okei2. Sambung. Aku anak ke2 dari 8 orang adek beradek. Haa.. Ramaikan? Meriah rumah aku. Adek2 aku sume kecik2 lagi. Paling kecik baru 2tahun. Ayah aku salu takde kat umah. Salu outstation sebab die keje ngan orang giler. Asek nk suh jauh dari ktrg je. Sedih aku. Tp xpe. Asalkan, duet masuk dalam poket aku tiap2 bulan. (Ish!! Giler duitan la ko neh!!) Tu la. Walau ayah aku salu takde, beliau seorang producer yang baik. Haha. Paham tak? 21SX je ni yang ley tau. Hahaha. 

Aku ade seorang kakak, 3 adek lelaki dan 3 adek perempuan. Nakal2 semuanya. Baka sape lah ni kan? Aku je baek. Btol.. Tak tipu... Aku lah anak paling baik dalam mimpi aku. Realitinye? Haha.. Paham2 lah. Aku belajar kat sebuah universitas (aik..cakap indon plak?) yang paling 'maju' lah kat Malaysia ni. Sampai aku rase aku dah cukup maju dari orang lain. Sebab tu malas belajar. Haha. Aku amek jurusan ehem2... bangge sikit, aku amek jurusan Kejuruteraan. Sebab? Haa.. Cita2 aku nak jadi engineer. Macam ayah akulah! Tapi bile aku belajar kat universitas maju ni, aku rase cam nak jadi tukang tanda kertas exam pun ade. Susah wooo kos neh!!!! Nyesal2... Eh! Mane ley menyesal kan? So, aku teruskan je lah dengan sabar dan gigih.

Eh, patut aku cite dari skolah rendah sampai masuk U. Ni dah stat U dulu, so kite flashback la ye... Haha. Seterusnya, aku dulu form4 sampai form5, aku belajar kat sekolah teknik je... Yelah, orang tak pandai mane kan? Haha. Actually, aku dapat 2 tawaran. Sekolah teknik and sekolah sains. Tapi aku pilih teknik sebab aku lebih suka belajar teknikal dari biology. Aleh2, kat matriks UM(universitas maju) aku kene gak belajar bio. Tu la aku cakap U aku tu maju sangat. Sume bende nak belajar even takde kaitan dalam jurusan yang aku nak amek. So, 2 tahun belajar teknik, aku keluar sebagai seorang technician. Haha. SPM, biase2 je. Alhamdulillah dapat masuk UM aku. Haha. Korang jangan salah paham plak. UM aku maksudkan kat sini bukan Universiti Malaya. Tapi, Universitas Maju. Yeahhh!!

Sebelum aku ke teknik, aku sekolah menengah harian je dari form1 sampai form3. Sekolah tu best jugaklah! Tapi dulu, aku macam budak nerd je. Pakai tudung pun nak labuh je bawah bahu. Dalam kelas pun senyap je. Aku bising dalam kalangan kawan2 aku je. Tapi sekarang, aku lah kepala bila nak buat jahat. Aku lah mastermind megamind!! Haha. Culture shock kah? Bukan sama sekali... Ini namanya kemajuan... Yelah... Masuk pun UM kan..? =D

Haa.. Sampai situ jelah aku cerita pasal diri aku. Malas nak cerita panjang2 pasal zaman sekolah. Takde ape yang menarik. Lupe pulak nak bagitau. Aku menetap di KL bersama keluarga tersayang. Dan UM aku tu pula dekat area selangor-kl. Haha. Pandai2 lah cari. Malas aku nak mengulas dengan lebih lanjut. Ade ape2 nak tau, silalah tanye. Jangan malu2. Bak kate orang malu bertanye, sesat jalan. So, kalau korang malu nak tanye jalan, tanyelah bende lain. (Eh, ade kaitan ke? Haha..)
-
-
-
-
-
-
A : Enon!!
ELL : Ha. Ape die?
A : Err.. den nk tanyo something la...
ELL : Tanyejelah!!
A : Err.. Ekau dah berpunyo ke belom?
ELL : Ish! Tu je soklan laen.. Pass!!
A : Pas? Den tak tanyo ekau nok undi apo nanti. Den tanyo ekau single ke dah ade dah?
ELL : Ha.. Yelah. Aku jawap pass!! Sebab aku taknak jawap soklan nilah!
A : Ceyt. Ekau ni. Kerek bebenau. Itu pun taknak jawap.
ELL : Ade aku kesah???!


Haha. Peace yeow!!
Wassalam..

No comments: