27 August 2011

#8 - Ape perlu anda buat bila ade ular didepan rumah anda?

Assalamualaikum...

Haaa... Aku ade alkisah yang sangat menyayat hati harini... Ular....?? Kadang2 kita tak perasan yang habitat ular iaitu hutan makin pupus dek kerana hutan2 sekarang dah mula dibangunkan jadi tempat tinggal manusia. Oleh itu, ular2 itu berpindah ke bandar untuk jadi moden sikit. Hahaha. Cube anda2 bayangkan ular melintas didepan anda dengan memakain spect Rayben dan berkata "hai" kepada anda. Anda akan terkejut bukan?

Ular tedung itam (Black Cobra)

Hahaha. Inilah yang aku dah lalui malam semalam. Baru keluar rumah, nak pergi masjid menunaikan solat sunat terawih, tiba2 terserempak dengan ular tedung dibawah tayar kereta Toyota Estima. Wargh! Ini kali kedua aku ditemukan dengan seekor ular. Adakah jodoh aku dengan ular...??? Hahaha. Tidakkk!!

So, apakah yang perlu anda lakukan jika berlaku keadaan begini?? Tatkala anda mempunyai masa yang terhad sebelum ke masjid. Inilah yang anda perlu lakukan.....

Pertama : Kebetulan, ade cangkul kecil disebelah anda. Capailah cangkul itu, dan hayunkan sekuat hati pada ular tersebut sehingga putus ekornya. Kemudian, ular tersebut akan mula menyorok dibawah tayar dan cuba menahan kesakitan akibat putusnya ekor itu.

Senjata membunuh


Kedua : Untuk menyeru ular tersebut menonjolkan dirinya semula, anda ambil lah penyembur nyamuk atau lebih dikenali sebagai Ridsect Tak Beri Peluang! Semburkan pada ular tersebut. Akhirnya, anda akan dapati ular tersebut perlahan2 keluar dari bawah kereta untuk menghirup udara segar dalam keadaan separa mabuk.

Penyembur membunuh

Ketiga : Ular tersebut akan beraksi dengan menaikkan kepalanya keatas sedikit sambil bjalan terhuyung hayang kearah anda kerana ia dapati anda adalah makhluk yang mengancam nyawanya. Oleh itu, anda perlulah mengambil kayu golf yang brkepala besar untuk mengetuk kepala mabuk si ular itu.

Kayu golf membunuh

Keempat : Dengan sekali ketukan, tidak akan mengapa2kan ular tersebut. Jadi, anda perlu ketuk banyak kali sampai kepalanya lenyek di lantai. Pada saat itu anda akan dapati ular tersebut tidak bernafas lagi, menunjukkan si ular telah pun wafat di bulan ramadan ini.

Kelima : Anda tidak patut hanya membiarkan si mati terkujur disitu sahaja. Anda haruslah menolak si mati menggunakan kayu golf tadi ke dalam longkang yang berdekatan. Dengan cara itu, si mati akan dimandikan (guna air longkang) , dikapankan (guna lumpur2 longkang) dan ditanam (guna tanah longkang) sekali gus. Jangan lupa untuk sedekahkan alfatihah pada si mati.

Liang lahad membunuh
Akhir sekali : Anda boleh lah masuk kedalam kereta dan siap sedia meneruskan perjalanan anda untuk ke masjid menunaikan solat sunat terawih. Di ketika ini, anda akan sedikit terlewat solat isyak berjemaah kerana anda akan masuk saf pada tahiyat akhir.

Sekian. Selamat beramal.
Peace yeow~!!


17 August 2011

#7 - Nuzul Quran

Assalamualaikum.
Aik. Mesti korang tertanye-tanye kan kenape aku muncul lagi dalam satu masa... (bajet ade orang bace lah..?)
Haha. Sebab tadi aku cakap pasal timetable next sem aku. Ni aku nak cakap bende2 ilmiah pulak. Haha. Baik jugak aku ni kan..? Ok2.. sirius please.....

Tadi kat masjid, lepas solat terawih, ade pulak ceramah agama dari ustaz apetah aku tak ingat name die. Mule-mule macam malas je nak dengar. Biaselah manusia ni kan. Ade je bisikan-bisikan yang mengganggu walaupun Setan Ar Rajim kene ikat. Lame-lame dengar ustaz tu ceramah, best jugak. Lawak la jugak.

Aku kat sini just nak sampaikan sedikit sebanyak apa yang beliau sampaikan tadi. Yang mane yang aku ingat je lah kan. Huhu.. Ikuti cerita berikut.

Emm.... Okei. Aku dah mula hilang ingatan. Haha. Cemane ni. Aku ni tak reti sangat nak bercerita...
....
.....
...............................
=_="


Ok. Ade point.
Ustaz tu cakap, sebenarnye, Quran ni bukan sekadar boleh dipraktikkan lepas solat atau bulan ramadan saje. Ia patut dipraktikkan pada bila-bila masa dan dimana jua.


Contoh1 ::: bile kite jalan2.. nampak sekumpulan remaje or budak sekolah bermain-main, tibe2 kite teringatkan anak kite.. better kite bace ape2 ayat seperti surah alfatihah diikuti dengan doa untuk anak2 kite.
Contoh : "eh... budak2 balik sekolah la.. Tak puase pulak tu...
Bismillahhi rahmani rahim. Alhamdulillahi rabbil alamin.. Ar rahmani rahim... (sampai habis..)
Ya Allah, aku sedekahkan pahala bacaan ini kepada anak-anakku. Kau lindungilah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar dan jauhkanlah mereka dari azab api neraka.. amin..."

Contoh2 ::: Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah atau nakal seeloknya, baca dua ayat pendinding iaitu surah alfalah n surah annas disertai dengan doa untuk anaknya itu. InsyaAllah, ayat2 tadi akan menjadi pendinding kepada anak-anak itu dari melakukan perkara-perkara yang membawa keburukan.
Contoh : " Bismillah...(baca surah al falah dan An Nas smpai habis...)
Ya Allah, kau jauhkan lah anak-anak ku dari melakukan perkara-perkara yang dilarang dan berikanlah petunjuk agar mereka berada dijalan yang benar dan diredhaiMu Ya Allah... Aminn...."

Contoh-contoh diatas juga boleh digunakan untuk orang lain selain anak-anak ye. Mungkin untuk saudara mara atau sahabat handai supaya semua disekeliling kita dirahmati dan diredhai Allah...

* * * *

Itu sajelah nampaknye yang betul-betul melekat dekat kepale otak aku ni. Hehe. Sorilah kalau ayat berterabur. Aku memang tak reti bab-bab menjelaskan sesuatu ni. Yang penting, maksudnya sampai InsyaAllah......

Wassalam. Selamat beramal.
Peace Yeow~!!
(^________^)

#6 - Plan Next Sem

Assalamualaikum...
Aiyo.. Udah lama gilak blog aku ni bersarang. Apesal lah malas sangat aku ni kan..? Haha. Lupe plak. Memang itu sifat aku sejak lahir dulu. "Pemalas".

Okei2.. Back to the topic. Pasal next semester. Aku baru nak masuk second year degree ni. Ade lagi dua tahun lepas tu. Tu pon kalau aku punye flow ikut perancangan lah kan. Lebih kurang umur 24 nak masuk 25tahun kot baru aku grad. Mak aiii.. Lame gilaakkk!! Bile nak kawen ni..? Hahaha. Calon pon belum ade, dah fikir pasal kawen. Tak mungkinlah kan...

Cakap pasal sem depan ni, prereg haritu aku dapat add 14 credit hour je. Sikit bhai. Dulu aku selalu add 18 keatas. Ni mendadak turunnye. Inilah akibat keluar merayap2 time prereg yang first haritu. Haha. So, biasenye for the second time punye prereg ni, memang payah lah nak dapat add. Sebab sume tengah berebut nak prereg kan..

Nak cerita lah sikit, time prereg tu, mak ai tensen jangan cakaplah. Bukak home wall sume dok post carutan2 untuk UIA. Haha. Memang padanlah dengan UIA. Management hancus leburssss tau tak. Menyusahkan student je... Arghhh!! Geram betul lah tak dapat nak add banyak subjek. Rase macam membazir je. Jadual aku free banyak kosong tau tak??!! Pffttt!!



Tgk ni jadual. Banyak tido je kan? Sangat2 menyedihkan...
Click gambar untuk tengok besar2. (Bagi yang rabun)


Aku ingat nak add satu lagi subjek 3 credit hour. Math. Secara manual. Bende yang aku sangat2 leceh nak buat. Aku dah la jarang buat manual ni. Sem lepas try buat, tak dapat pon. Taktau lah macam mana nasib sem depan pulak kan. Mintak2 lah dapat. Aminnnn~
Aku nak belajar~~!! Bukan nak tidooo~!!
Hahaha. Padahal aku yang pilih untuk tidur tu kan? Mak aku cakap aku ni ade penyakit kuat tido. Yelah kot. Dah mak aku yang cakap kan.. Mak tidak menipu okeh!

Sekian karutan malam ini.
Peace yeow~!!
(^__,,__^)