27 August 2011

#8 - Ape perlu anda buat bila ade ular didepan rumah anda?

Assalamualaikum...

Haaa... Aku ade alkisah yang sangat menyayat hati harini... Ular....?? Kadang2 kita tak perasan yang habitat ular iaitu hutan makin pupus dek kerana hutan2 sekarang dah mula dibangunkan jadi tempat tinggal manusia. Oleh itu, ular2 itu berpindah ke bandar untuk jadi moden sikit. Hahaha. Cube anda2 bayangkan ular melintas didepan anda dengan memakain spect Rayben dan berkata "hai" kepada anda. Anda akan terkejut bukan?

Ular tedung itam (Black Cobra)

Hahaha. Inilah yang aku dah lalui malam semalam. Baru keluar rumah, nak pergi masjid menunaikan solat sunat terawih, tiba2 terserempak dengan ular tedung dibawah tayar kereta Toyota Estima. Wargh! Ini kali kedua aku ditemukan dengan seekor ular. Adakah jodoh aku dengan ular...??? Hahaha. Tidakkk!!

So, apakah yang perlu anda lakukan jika berlaku keadaan begini?? Tatkala anda mempunyai masa yang terhad sebelum ke masjid. Inilah yang anda perlu lakukan.....

Pertama : Kebetulan, ade cangkul kecil disebelah anda. Capailah cangkul itu, dan hayunkan sekuat hati pada ular tersebut sehingga putus ekornya. Kemudian, ular tersebut akan mula menyorok dibawah tayar dan cuba menahan kesakitan akibat putusnya ekor itu.

Senjata membunuh


Kedua : Untuk menyeru ular tersebut menonjolkan dirinya semula, anda ambil lah penyembur nyamuk atau lebih dikenali sebagai Ridsect Tak Beri Peluang! Semburkan pada ular tersebut. Akhirnya, anda akan dapati ular tersebut perlahan2 keluar dari bawah kereta untuk menghirup udara segar dalam keadaan separa mabuk.

Penyembur membunuh

Ketiga : Ular tersebut akan beraksi dengan menaikkan kepalanya keatas sedikit sambil bjalan terhuyung hayang kearah anda kerana ia dapati anda adalah makhluk yang mengancam nyawanya. Oleh itu, anda perlulah mengambil kayu golf yang brkepala besar untuk mengetuk kepala mabuk si ular itu.

Kayu golf membunuh

Keempat : Dengan sekali ketukan, tidak akan mengapa2kan ular tersebut. Jadi, anda perlu ketuk banyak kali sampai kepalanya lenyek di lantai. Pada saat itu anda akan dapati ular tersebut tidak bernafas lagi, menunjukkan si ular telah pun wafat di bulan ramadan ini.

Kelima : Anda tidak patut hanya membiarkan si mati terkujur disitu sahaja. Anda haruslah menolak si mati menggunakan kayu golf tadi ke dalam longkang yang berdekatan. Dengan cara itu, si mati akan dimandikan (guna air longkang) , dikapankan (guna lumpur2 longkang) dan ditanam (guna tanah longkang) sekali gus. Jangan lupa untuk sedekahkan alfatihah pada si mati.

Liang lahad membunuh
Akhir sekali : Anda boleh lah masuk kedalam kereta dan siap sedia meneruskan perjalanan anda untuk ke masjid menunaikan solat sunat terawih. Di ketika ini, anda akan sedikit terlewat solat isyak berjemaah kerana anda akan masuk saf pada tahiyat akhir.

Sekian. Selamat beramal.
Peace yeow~!!


17 August 2011

#7 - Nuzul Quran

Assalamualaikum.
Aik. Mesti korang tertanye-tanye kan kenape aku muncul lagi dalam satu masa... (bajet ade orang bace lah..?)
Haha. Sebab tadi aku cakap pasal timetable next sem aku. Ni aku nak cakap bende2 ilmiah pulak. Haha. Baik jugak aku ni kan..? Ok2.. sirius please.....

Tadi kat masjid, lepas solat terawih, ade pulak ceramah agama dari ustaz apetah aku tak ingat name die. Mule-mule macam malas je nak dengar. Biaselah manusia ni kan. Ade je bisikan-bisikan yang mengganggu walaupun Setan Ar Rajim kene ikat. Lame-lame dengar ustaz tu ceramah, best jugak. Lawak la jugak.

Aku kat sini just nak sampaikan sedikit sebanyak apa yang beliau sampaikan tadi. Yang mane yang aku ingat je lah kan. Huhu.. Ikuti cerita berikut.

Emm.... Okei. Aku dah mula hilang ingatan. Haha. Cemane ni. Aku ni tak reti sangat nak bercerita...
....
.....
...............................
=_="


Ok. Ade point.
Ustaz tu cakap, sebenarnye, Quran ni bukan sekadar boleh dipraktikkan lepas solat atau bulan ramadan saje. Ia patut dipraktikkan pada bila-bila masa dan dimana jua.


Contoh1 ::: bile kite jalan2.. nampak sekumpulan remaje or budak sekolah bermain-main, tibe2 kite teringatkan anak kite.. better kite bace ape2 ayat seperti surah alfatihah diikuti dengan doa untuk anak2 kite.
Contoh : "eh... budak2 balik sekolah la.. Tak puase pulak tu...
Bismillahhi rahmani rahim. Alhamdulillahi rabbil alamin.. Ar rahmani rahim... (sampai habis..)
Ya Allah, aku sedekahkan pahala bacaan ini kepada anak-anakku. Kau lindungilah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar dan jauhkanlah mereka dari azab api neraka.. amin..."

Contoh2 ::: Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah atau nakal seeloknya, baca dua ayat pendinding iaitu surah alfalah n surah annas disertai dengan doa untuk anaknya itu. InsyaAllah, ayat2 tadi akan menjadi pendinding kepada anak-anak itu dari melakukan perkara-perkara yang membawa keburukan.
Contoh : " Bismillah...(baca surah al falah dan An Nas smpai habis...)
Ya Allah, kau jauhkan lah anak-anak ku dari melakukan perkara-perkara yang dilarang dan berikanlah petunjuk agar mereka berada dijalan yang benar dan diredhaiMu Ya Allah... Aminn...."

Contoh-contoh diatas juga boleh digunakan untuk orang lain selain anak-anak ye. Mungkin untuk saudara mara atau sahabat handai supaya semua disekeliling kita dirahmati dan diredhai Allah...

* * * *

Itu sajelah nampaknye yang betul-betul melekat dekat kepale otak aku ni. Hehe. Sorilah kalau ayat berterabur. Aku memang tak reti bab-bab menjelaskan sesuatu ni. Yang penting, maksudnya sampai InsyaAllah......

Wassalam. Selamat beramal.
Peace Yeow~!!
(^________^)

#6 - Plan Next Sem

Assalamualaikum...
Aiyo.. Udah lama gilak blog aku ni bersarang. Apesal lah malas sangat aku ni kan..? Haha. Lupe plak. Memang itu sifat aku sejak lahir dulu. "Pemalas".

Okei2.. Back to the topic. Pasal next semester. Aku baru nak masuk second year degree ni. Ade lagi dua tahun lepas tu. Tu pon kalau aku punye flow ikut perancangan lah kan. Lebih kurang umur 24 nak masuk 25tahun kot baru aku grad. Mak aiii.. Lame gilaakkk!! Bile nak kawen ni..? Hahaha. Calon pon belum ade, dah fikir pasal kawen. Tak mungkinlah kan...

Cakap pasal sem depan ni, prereg haritu aku dapat add 14 credit hour je. Sikit bhai. Dulu aku selalu add 18 keatas. Ni mendadak turunnye. Inilah akibat keluar merayap2 time prereg yang first haritu. Haha. So, biasenye for the second time punye prereg ni, memang payah lah nak dapat add. Sebab sume tengah berebut nak prereg kan..

Nak cerita lah sikit, time prereg tu, mak ai tensen jangan cakaplah. Bukak home wall sume dok post carutan2 untuk UIA. Haha. Memang padanlah dengan UIA. Management hancus leburssss tau tak. Menyusahkan student je... Arghhh!! Geram betul lah tak dapat nak add banyak subjek. Rase macam membazir je. Jadual aku free banyak kosong tau tak??!! Pffttt!!



Tgk ni jadual. Banyak tido je kan? Sangat2 menyedihkan...
Click gambar untuk tengok besar2. (Bagi yang rabun)


Aku ingat nak add satu lagi subjek 3 credit hour. Math. Secara manual. Bende yang aku sangat2 leceh nak buat. Aku dah la jarang buat manual ni. Sem lepas try buat, tak dapat pon. Taktau lah macam mana nasib sem depan pulak kan. Mintak2 lah dapat. Aminnnn~
Aku nak belajar~~!! Bukan nak tidooo~!!
Hahaha. Padahal aku yang pilih untuk tidur tu kan? Mak aku cakap aku ni ade penyakit kuat tido. Yelah kot. Dah mak aku yang cakap kan.. Mak tidak menipu okeh!

Sekian karutan malam ini.
Peace yeow~!!
(^__,,__^)


13 July 2011

#5 - Sengih-sengih

Assalamualaikum..
Hehehe... Sengih2 aku ni...
Hehehehehe....
Agak2 comel tak aku sengih macam ni...?? Comel kan? Comel kan??


Hehehe.. Sengih lagi dan lagi dan lagi...
Hahaha. Aku sebenarnye tersengih kat diri sendiri ni. Hari tu beria2 nak buat blog ni ha. Last sekali terkandas. Kemalasan melanda. Plus, banyak kerjaaaa~ Lalalala.. (Alasan semata2....)
Biaselah aku ni. Hangat2 tahi sendirik je. Perangai aku kot. Sekarang ni dah cuti semester. Cuti selama dua bulan okeh. Lame kot. Tapi best!! Sebab aku dah terase macam belajar tu sangat membebankan. Final dah habis. HEAVEN!!! Even satu paper je aku amek haritu. Haha. Hope dapat la 4flat.. Hakhak. Perasan pandai giler aku ni..... Tapi memang itulah yang aku harapkan walaupun usaha aku haritu macam ayam nak kene sembelih je kan. Menggelabah sane sini. Soalan pon agak caca marba susahnye. Sebab.................. aku nak naikkan CGPA aku!! 

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!!
Bile cakap pasal CGPA ni kan, sedih aku tau... Sebab aku tak hebat macam orang yang hebat2. Terase rendah diri sangat... Isk. Isk. Tamo lah cite sal ni. Nyampah i tau~~~

Wekkk.. Nak muntah ase..

Haha. Sorry la kengkawan. Blog aku ni tak berilmiah pon. Sebab aku just cite pasal diri aku and ape yg aku rase... Boring~ Boring~ Borrrrringgggggggggggggggg~~~

Peasce yeaww~!!

12 June 2011

#4 - Banyak reportlah!

Assalamualaikum...
Aiyo weh! Dah pukul berape ni? Maseh belum tido. Sebab ape? Sibuk siapkan report. Haish. Sem ni banyak betul report aku kene siapkan. *Hah, sape suh ko amek workshop! Padan muke!! Haha.. Sebab dah taktau nak amek ape. Nak amek subjek ehem2 tu, tak dapat sebab dah penuh. Kuang3....
Report amende aku buat ni? Haa.. Nak tau? Nak tau?? Actually aku amek subjek Mechatronics Workshop n Thermofluids.. Wooooo~ Nampak cam hebat kan? Haha.Riak sungguh kau ni enon. Pang! Pang! Pang! Kan dah kene lempang. Kecoh betol la minah ni. Eh. Ape aku ngarot ni. Sori, mamai lah. Ngantok....


Berbalik pada cerita aku tadi. Haa.. Langsung tak hebat pun sebenarnye. Susah kot. Haha. Aku ni sume belajar susah. Ape tah yang tak susah... So, bile dah name subjek pon workshop, memang banyak report lah jawapnye kan. Short sem pulak tu. Seminggu ade tiga kelas. So, tige report lah aku kene siapkan seminggu. Pastu tempoh untuk setiap satu report just due hari je. Hamekk kauuu!! Letih la der.. =.="

Kadang2 amende aku belajar pun aku taktau. Kebanyakan ayat dalam report tu aku copy paste je dari internet.. Haha. Memang tak maju lah jawapnye kan. Elok sangat lah....
Aku ni memang pemalas!! Tu pasal boleh kecundang subjek ehem2.. Hakhak. Korg hengat aku neh pandai sangat ke? Pointer pon ciput ciput cedut sajee... Dean list memang jauh lah. Penah aim, tapi memandangkan pointer tak memberangsangkan, terus down takmo aim2 dah. Sebab aim2 pon sure2 tak dapat. Jauh kot. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa.. nak nanes!
Eh. Aku ni suke melalot tau. Dush! Dush! Dush! Haa.. hamek, kene tumbuk pulak. Adoi2.. Lebam2 lah badan aku malam ni... Korg nak tau amende yang aku dok sibuk buat? Ni haa.. projek untuk sem ni. Korg paham ke? Lantak korg lah! Aku wat mende alah ni la.. 


Haa. ape yang korang ternganga tu? Agak2 senang tak mende ni? Korg kene buat litar2 ni gune software. Name software tu EAGLE. Korg gugel la kalau nak tau. Haha. Leceh dowh! Kadang2 pening aku. Tapi ni okei lagi la.. Kalau belajar Simulin Matlab tu lagi la aku tak paham hape2... Hadoilah...
Ok lah. Aku mau masuk tido untuk beberapa jam sebelum subuh ni.. Chow dulu naa.. Tak larat da ni..



Peace yeow!!
Wassalam.....

10 June 2011

#3 - Sugar Gliderlah!

Assalamualaikum..
Haa.. Jumpe lagi dong. Takde keje lah ni namenye. Haha. Sebenarnye aku nak bagitau, aku nak beli Sugar Glider!! Tahukah kawan2 apekah itu sugar glider? Menurut google tranlator, sugar bermaksud gula. Manakala glider bermaksud kapal terbang layang. So, kalau gabung dua2, membawa maksud, gula yang sedang menaiki kapal terbang layang. Kan? Kan? Ade korang terfikir tak bende ni? Aku rase siape yg cipta nama sugar glider ni memang cukup kreatif la. Aku pun tak pernah terfikir ade gula yang boleh naik kapal terbang layang. Jap2. Kapal terbang layang tu macam mane pulak? Adekah macam surat layang? Atau kapal terbang yang diterbangkan menggunakan layang2..? Atau layang2 yang tersangkut pada kapal terbang? Ataupun layang2 berbentuk kapal terbang? Macam tu ke?

Haha. Mengarut je sume karutan tulah aku rase. Actually, sugar glider ni sejenis binatang macam tupai tu. Tapi die boleh terbang. Kecik je binatang ni. Aku tak pandai sangat nak bercerita pasal menatang ni. Korang tengok lah sendiri ea macam mane rupe die. Ni haa...

Jangan main2. Die boleh berdiri gak tau! :P
Idung dah macam cencurut pulak aku tengok. Haha. Itu yang mahal beb!
Haa.. Ni rupe die terbang. Haha. Menarik kan? Macam tikar terbang Aladdin. Zam2 alakazammmmm!!


Apa pasal aku tetibe rase nak beli natam neh? Ahaa.. Kawan2 aku lah ni yang hasut2. Terus aku berminat nak beli. Dorg cakap natam  neh kene salu belai. Senang cite, kene sentiasa bersamalah. So, memandangkan aku neh selalu keseorangan (org single kan.. :P) aku nak lah jadikan natam neh peneman aku. Tapi takde lah peneman hidup aku kan. Tu nanti lain pulak citenye. Haha! Nak beli natam neh, kene banyak duet. Sebab mahal. Sepanjang aku survey2 ni, adelah dalam RM250++. Mahai nao. Tapi nok buwek cano. Den dah berkonan dah ea. Terpaksolah berkorban apo sajo... Lalala..

Alaa.. Duet aku, sukati akulah! Lagipun bukan aku beli bende ngarot2. Binatang je kot. Aku nikan pencinta haiwa.. Aku memang pencinta binatang... namunku bukan binatang..lalalalala... sambung lah sendiri. Aku nyanyi sumbang! Haha. Terrrr-mengaku pulak dah. Jujur sungguh. Haa.. Nak bagitau aku ni suke sangat ngan binatanglah! Tu saje..Hehe.

Oklah. Sampai disini sahaja berita mengenai ini. Kalau kawan2 ade tau mane2 tempat yang ade jual natam neh, roger2 lah aku. Nanti aku belanje korang bulu sugar glider ni ea. Sehelai je lah tapinyeee... Ahak!

Peace yeow!! 
Wassalam...

#2 - Tentang Akulah!

Assalamualaikum...
Hai. Berjumpe kite kembali. Sari berita utama. Seorang wanita memakai sari telah meninggal dunia akibat diseret sebuah lori hantu di Lebuhraya Utara-Selatan. Wanita itu dipercayai merajuk dengan suaminya lalu beliau keluar dari keretanya untuk berjalan kaki pulang ke rumah ketika dalam perjalanan ke Johor Bharu. Dalam masa yang sama lori hantu milik Muthu telah dipandu dengan laju iaitu 200km/h. Akibat pemandu yang mabuk minum todi, beliau tidak nampak wanita itu ditepi jalan. Menurut beliau, wanita itu disangka seekor beruk sedang berlari2 mendapatkan buah pisang. Rupa2nya, beruk itu ialah wanita yang memakai sari yang merajuk dengan suaminya tadi. Oleh itu, Muthu akan disabit bersalah mengikut seksyen 20/U8 Shah Alam. Wanita tadi telah dikafankan dengan sarinya sendiri dan dikebumikan di Lebuhraya tersebut. Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui jalan tersebut supaya tidak diganggu oleh lembaga bersari merah dipercayai hantu wanita bersari itu. Sekian sahaja berita hari ini. Dibaca oleh ELL.

Hahah! Amacam? Hebat tak aku baca berita? Mesti korang nak puji kan? Ala.. Takyah la. Aku tau aku hebat. Sebab tu aku tak baca berita kat Malaysia ni. Aku baca untuk diri sendiri je. Humble la orang cakap. Tak menunjuk2... Hakhak. Haa.. Mesti korang tertanya2 kan siapa ELL tu? Tu nama pendek aku. Nama panjang, ENON LUBA-LUBA. Mesti korang nak tanye ape maksudnye kan? Haha. Dah agak dah. Aku bau korang je dah tau korang nak tanye soklan tu. Meh la aku terang sikit. Name tu maksudnye ENON binti LUBA-LUBA. Kire Luba-luba tu ayah aku la. Hee.. :' )
Malu2..... Sedap kan name aku? Tau dah... Takyah cakap.... :p

Aduhh.. Ape aku melalut ni. Berbalik pada tajuk entry aku hari ni. Tentang Akulah! Ahaa.. Saje nak menekankan aku tu. Tu pasal ade "lah!" kat belakangnye. Hehe. Okei2. Sambung. Aku anak ke2 dari 8 orang adek beradek. Haa.. Ramaikan? Meriah rumah aku. Adek2 aku sume kecik2 lagi. Paling kecik baru 2tahun. Ayah aku salu takde kat umah. Salu outstation sebab die keje ngan orang giler. Asek nk suh jauh dari ktrg je. Sedih aku. Tp xpe. Asalkan, duet masuk dalam poket aku tiap2 bulan. (Ish!! Giler duitan la ko neh!!) Tu la. Walau ayah aku salu takde, beliau seorang producer yang baik. Haha. Paham tak? 21SX je ni yang ley tau. Hahaha. 

Aku ade seorang kakak, 3 adek lelaki dan 3 adek perempuan. Nakal2 semuanya. Baka sape lah ni kan? Aku je baek. Btol.. Tak tipu... Aku lah anak paling baik dalam mimpi aku. Realitinye? Haha.. Paham2 lah. Aku belajar kat sebuah universitas (aik..cakap indon plak?) yang paling 'maju' lah kat Malaysia ni. Sampai aku rase aku dah cukup maju dari orang lain. Sebab tu malas belajar. Haha. Aku amek jurusan ehem2... bangge sikit, aku amek jurusan Kejuruteraan. Sebab? Haa.. Cita2 aku nak jadi engineer. Macam ayah akulah! Tapi bile aku belajar kat universitas maju ni, aku rase cam nak jadi tukang tanda kertas exam pun ade. Susah wooo kos neh!!!! Nyesal2... Eh! Mane ley menyesal kan? So, aku teruskan je lah dengan sabar dan gigih.

Eh, patut aku cite dari skolah rendah sampai masuk U. Ni dah stat U dulu, so kite flashback la ye... Haha. Seterusnya, aku dulu form4 sampai form5, aku belajar kat sekolah teknik je... Yelah, orang tak pandai mane kan? Haha. Actually, aku dapat 2 tawaran. Sekolah teknik and sekolah sains. Tapi aku pilih teknik sebab aku lebih suka belajar teknikal dari biology. Aleh2, kat matriks UM(universitas maju) aku kene gak belajar bio. Tu la aku cakap U aku tu maju sangat. Sume bende nak belajar even takde kaitan dalam jurusan yang aku nak amek. So, 2 tahun belajar teknik, aku keluar sebagai seorang technician. Haha. SPM, biase2 je. Alhamdulillah dapat masuk UM aku. Haha. Korang jangan salah paham plak. UM aku maksudkan kat sini bukan Universiti Malaya. Tapi, Universitas Maju. Yeahhh!!

Sebelum aku ke teknik, aku sekolah menengah harian je dari form1 sampai form3. Sekolah tu best jugaklah! Tapi dulu, aku macam budak nerd je. Pakai tudung pun nak labuh je bawah bahu. Dalam kelas pun senyap je. Aku bising dalam kalangan kawan2 aku je. Tapi sekarang, aku lah kepala bila nak buat jahat. Aku lah mastermind megamind!! Haha. Culture shock kah? Bukan sama sekali... Ini namanya kemajuan... Yelah... Masuk pun UM kan..? =D

Haa.. Sampai situ jelah aku cerita pasal diri aku. Malas nak cerita panjang2 pasal zaman sekolah. Takde ape yang menarik. Lupe pulak nak bagitau. Aku menetap di KL bersama keluarga tersayang. Dan UM aku tu pula dekat area selangor-kl. Haha. Pandai2 lah cari. Malas aku nak mengulas dengan lebih lanjut. Ade ape2 nak tau, silalah tanye. Jangan malu2. Bak kate orang malu bertanye, sesat jalan. So, kalau korang malu nak tanye jalan, tanyelah bende lain. (Eh, ade kaitan ke? Haha..)
-
-
-
-
-
-
A : Enon!!
ELL : Ha. Ape die?
A : Err.. den nk tanyo something la...
ELL : Tanyejelah!!
A : Err.. Ekau dah berpunyo ke belom?
ELL : Ish! Tu je soklan laen.. Pass!!
A : Pas? Den tak tanyo ekau nok undi apo nanti. Den tanyo ekau single ke dah ade dah?
ELL : Ha.. Yelah. Aku jawap pass!! Sebab aku taknak jawap soklan nilah!
A : Ceyt. Ekau ni. Kerek bebenau. Itu pun taknak jawap.
ELL : Ade aku kesah???!


Haha. Peace yeow!!
Wassalam..

8 June 2011

#1 - New begin


Assalamualaikum...
Hai. Eheh. First time wat blog neh. Ecececeh.. Padahal dah berlambak dah blog aku. Ni yang ke 3 la kot. Agaknye... Hehe. Mengade tak? Mengade tak? Agakla...
Aku pon taktau ape sebab aku buat blog banyak-banyak ni. Dulu aku buat sebab nak meluahkan rase ketidakpuasan hati aku bila bercinta. Setiap kali tukar boyfren, mesti tukar blog. Buat blog baru sebab nak cerita kisah-kisah aku dengan si dia. Tapi sekarang, memandangkan aku single mingle gingle bell gingle bell.. Eh. Eh. Ternyayi plak. Ahaa... Sambung2.. Memandang aku single je sekarang ni, aku buat untuk isi mase lapang (walaupun sebenarnye takde mase lapang sangat.. hehe..) Saje kot ikot trend masa kini. Aku tengok ramai je manusia2 kat Malaysia ni yang berblogging. Aku pon ngengade nak buat jugak. Hehe...
Patutnye malam ni aku kene study. Sebab esok ade kuiz. Tapi kan, aku budak bijak yang suke membuang masa. Lalalalala.. (Nk sedapkan hati sendiri..) Hehe. Adoi. Sebenarnye aku malas. Apela aku ni kan. Dush3!! Tak memikirkan mase depan langsung. Kate nak berubah la.. ade azam baru la... Tapi at the end, still same like always.. Haa.. kan dah ter-speaking dah tu. Tu menunjukkan aku takde lah kuno sangat sampai taktau simple2 english ni kan. Boleh la sikit2 walaupun result muet aku sangat memalukan. kui2...
Aku sebenarnye banyak lagi nak bercerita ni. Tapi tunggu esok2 pule la ye.. Sebab nanti cite banyak2 arini, esok2 da xde cite. Dah tergendala lagi blog aku. Pastu wujud lagi blog ke5, ke6, ke7... haish. Itu lah aku. Sabor je la...
Sebelum ape2, mintak tunjuk ajar pade sesape yang singgah blog aku ni. Walaupun 99% aku yakin bahawasanye takde sape yang akan singgah melainkan aku sendiri. Huahahaha.. Bodo la enon ni. Takde keje agaknye. Toink3!!!

To be continued....... Wassalam!