27 August 2011

#8 - Ape perlu anda buat bila ade ular didepan rumah anda?

Assalamualaikum...

Haaa... Aku ade alkisah yang sangat menyayat hati harini... Ular....?? Kadang2 kita tak perasan yang habitat ular iaitu hutan makin pupus dek kerana hutan2 sekarang dah mula dibangunkan jadi tempat tinggal manusia. Oleh itu, ular2 itu berpindah ke bandar untuk jadi moden sikit. Hahaha. Cube anda2 bayangkan ular melintas didepan anda dengan memakain spect Rayben dan berkata "hai" kepada anda. Anda akan terkejut bukan?

Ular tedung itam (Black Cobra)

Hahaha. Inilah yang aku dah lalui malam semalam. Baru keluar rumah, nak pergi masjid menunaikan solat sunat terawih, tiba2 terserempak dengan ular tedung dibawah tayar kereta Toyota Estima. Wargh! Ini kali kedua aku ditemukan dengan seekor ular. Adakah jodoh aku dengan ular...??? Hahaha. Tidakkk!!

So, apakah yang perlu anda lakukan jika berlaku keadaan begini?? Tatkala anda mempunyai masa yang terhad sebelum ke masjid. Inilah yang anda perlu lakukan.....

Pertama : Kebetulan, ade cangkul kecil disebelah anda. Capailah cangkul itu, dan hayunkan sekuat hati pada ular tersebut sehingga putus ekornya. Kemudian, ular tersebut akan mula menyorok dibawah tayar dan cuba menahan kesakitan akibat putusnya ekor itu.

Senjata membunuh


Kedua : Untuk menyeru ular tersebut menonjolkan dirinya semula, anda ambil lah penyembur nyamuk atau lebih dikenali sebagai Ridsect Tak Beri Peluang! Semburkan pada ular tersebut. Akhirnya, anda akan dapati ular tersebut perlahan2 keluar dari bawah kereta untuk menghirup udara segar dalam keadaan separa mabuk.

Penyembur membunuh

Ketiga : Ular tersebut akan beraksi dengan menaikkan kepalanya keatas sedikit sambil bjalan terhuyung hayang kearah anda kerana ia dapati anda adalah makhluk yang mengancam nyawanya. Oleh itu, anda perlulah mengambil kayu golf yang brkepala besar untuk mengetuk kepala mabuk si ular itu.

Kayu golf membunuh

Keempat : Dengan sekali ketukan, tidak akan mengapa2kan ular tersebut. Jadi, anda perlu ketuk banyak kali sampai kepalanya lenyek di lantai. Pada saat itu anda akan dapati ular tersebut tidak bernafas lagi, menunjukkan si ular telah pun wafat di bulan ramadan ini.

Kelima : Anda tidak patut hanya membiarkan si mati terkujur disitu sahaja. Anda haruslah menolak si mati menggunakan kayu golf tadi ke dalam longkang yang berdekatan. Dengan cara itu, si mati akan dimandikan (guna air longkang) , dikapankan (guna lumpur2 longkang) dan ditanam (guna tanah longkang) sekali gus. Jangan lupa untuk sedekahkan alfatihah pada si mati.

Liang lahad membunuh
Akhir sekali : Anda boleh lah masuk kedalam kereta dan siap sedia meneruskan perjalanan anda untuk ke masjid menunaikan solat sunat terawih. Di ketika ini, anda akan sedikit terlewat solat isyak berjemaah kerana anda akan masuk saf pada tahiyat akhir.

Sekian. Selamat beramal.
Peace yeow~!!


No comments: